Apa Beza Kualiti Berdasarkan Gred Jersey Dan Macam | Stail Seratus Clothing
  • Main
  • News

Apa Beza Kualiti Berdasarkan Gred Jersey Dan Macam

Apa Beza Kualiti Berdasarkan Gred Jersey Dan Macam

Apa Beza Kualiti Berdasarkan Gred Jersey dan Macam Mana Nak Kenal Pasti❓

Ok. yang ni memang panjang sikit nak cerita..dah berapa kali update dah entry ni. kita mulakan dengan AAA lah ye, sebab yang AA, A dan B ni sangat jarang orang beli dan jual. kalau nak juga, carilah yang agak-agak senang rosak.. itu maybe AA or A or B la tu.. so, lets start with other than that..

=================================

1.AAA atau Super A ✅✅✅

Super A ni merupakan kualiti yg biasa dari siam. Yang ni memang tak tahulah berapa % sama dengan original. Buat ikut kepala tauke dia, nak jahit logo or tampal. kemasan benang dia lemah. Manakala dari segi packaging plak, mnggunakan plastik lutsinar keras atau jual tak ada plastik, bagi je plastik beg apa yang ada. Ni selalunya kat pasar malamlah. Hakikatnya ramai yang pakai Gred ini.

=================================

2.Fan Issue (FI) atau Climacool atau 2nd grade ✅✅✅

Klau tengok je memang tak ada beza dengan AAA, tapi kalau pegang kain dia lebih lmbut. Jahitan dia lebih kemas. Sizing eropah, saiz jersi SS, S, M, L dan XL yg besar skit dr AAA. Maybe beza dalam 0.5inch. Packaging menggunakan plastik polybag yang ada seal macam bekas ubat (yang macam kat klinik punya plastik ubat tu) dan ada logo brand jersi pada plastik. Logo klub dan brand mungkin ikut dan mungkin tak ikut yang ori. Faham tak kat situ, maknanya yang fan issue/climacool ni dia akan cuba ikut yang official fan issue punya which is 98-99% sama dengan yang original. Kalau yang original punya ada Airhole, yang versi ini tak ada ciri tersebut. Itulah beza ketara PI & FI. Itu dia, sebab itu dia tak mencecah 99% sama dangan ori.

=================================

3.Player issue (PI) or Adizero ✅✅✅

Ini merupakan kualiti replika yang tertinggi. Kain dia lebih ringan dan sesetengahnya boleh diregang untuk mengikut bentuk badan. BUKAN SEMUA klub ada fungsi ini. Hanya klub yang mengeluarkan versi ini sahaja ada. Contohnya macam Arsenal dan Manchester United. Lagi satu, untuk musim dan klub tertentu, dia ada lubang udara kat tepi baju. Pulak dahh.. Tengok musim dan klub juga, kang nanti ada yang pergi cari Airhole dekat jersi yang memang tak ada mengeluarkan ciri-ciri tersebut. Dan ciri ini hanya untuk Nike sahaja. Adidas belum ada lagi yang mengeluarkan ciri Airhole setakat ini. Logo klub dan brand mengikut original punya. Sebagai contoh, untuk Barcelona kit musim 14/15, yang original punya logo klub dan brand dijahit, maka yang player issue punya akan dijahit.

=================================

4.Original ✅✅✅

Tak payah cerita panjang, inilah kualiti yang paling tertinggi. Kalau tadi, kualiti replika paling tertinggi, tapi ini kualiti all-time paling terbaik. Yang ni lah player pakai. Kalau anda pergi match Barca ke, Manchester United ke, and player bagi jersi dia pada anda (aduhh, bertuahnya manusia ni), jangan ragu-ragu, terus masuk iklan kat ebay.. haha, gurau.. simpan la..Tu sememangnya kualiti original.. Kalau beli harga boleh mencecah sehingga beratus-ratus. Yang ni khusus memang kepada pengumpul tegar dan ketahuilah bahawa kami sendiri pun tidak jual. Kalau beli, akan dapat sekali dengan beg dan baju yang dilindungi dengan tali pinggang keledar lagi.. Takut2 accident, cedera parah baju..


About Us

  • Stail Seratus Clothing

    Jenama berkualiti kegemaran ramai yang semestinya melonjakkan keyakinan personaliti gaya anda!