Selamat Tinggal Sang Juara. | Stail Seratus Clothing
  • Main
  • News

Selamat Tinggal Sang Juara.

Selamat Tinggal Sang Juara.

SELAMAT TINGGAL SANG JUARA.

Pemain bola keranjang ternama dunia, Kobe Bryant dilaporkan terkorban bersama anaknya dalam satu nahas helikopter semalam.

Tragedi ini telah menggemparkan seluruh dunia dan ramai peminat bola keranjang merasa sedih dengan kehilangan seorang pemain yang cukup hebat ini.

Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh peminat bola keranjang, tetapi juga peminat dan pemain bolasepak yang banyak terinspirasi daripada kegigihan dan kehebatan Kobe.

Pemain dan pasukan bolasepak dari seluruh dunia telah mengirim ucapan takziah mereka kepada keluarga Kobe Bryant selepas mengetahui mengenai tragedi yang berlaku.


About Us

  • Stail Seratus Clothing

    Jenama berkualiti kegemaran ramai yang semestinya melonjakkan keyakinan personaliti gaya anda!