#tips Pemilihan Pakaian Semasa Sukan | Stail Seratus Clothing
  • Main
  • News

#tips Pemilihan Pakaian Semasa Sukan

#tips Pemilihan Pakaian Semasa Sukan

#Tips Pemilihan Pakaian Semasa Sukan

=================================

1. Rekabentuk Pakaian Sukan

Rekabentuk pakaian sukan? Mesti ada yang pelikkan. Reka bentuk pakaian sukan ini contohnya ialah, ada seluar sukan yang mempunyai poket. Kebiasaannya pemakai akan meletakkan kunci ataupun telefon didalam poket tersebut semasa melakukan aktiviti larian.
Manakala bagi wanita, ada yang jenis suka memakai skirt dan digayakan bersama seluar trek. Ini bagi menutup aurat dan skirt yang tidak terlalu labuh sangat disarankan bagi memudahkan sebarang pergerakan yang akan dilakukan.

=================================

2. Outdoor/Indoor

Bagi yang aktif melakukan aktivit outdoor, pemakaian yang berwarna cerah sangat digalakkan. Ini dapat mengelakkan daripada kita mudah panas. Hal ini mengelakkan anda daripada mengalami strok haba kerana pakaian yang berwarna gelap meyerap haba lebih banyak berbanding warna cerah.

Manakala bagi yang menyertai sukan indoor, pakaian sedikit gelap boleh digunakan. Tidak kira sama ada anda berlari diatas treadmill ataupun menyertai kelas aerobik. Yang menyertai pertandingan larian pula, anda boleh mendapatkan nasihat daripada jurulatih atau mengikut yang telah ditetapkan oleh penganjur. Pemakaian yang sesuai dan selesa dengan anda akan mempengaruhi prestasi anda dalam mencapai kejayaan dalam melakukan sesuatu aktiviti.

=================================

3. Keselesaan

Tidak kira apa jenis pakaian yang kita pilih sekalipun, keselesaan harus diutamakan. Ini dapat memastikan kita dapat melakukan aktivit dengan selesa dalam tempoh masa yang lama.
Pakaian yang dipilih haruslah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Pakaian yang ketat akan menjerut peredaran darah kita yang mana akan mengakibatkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan keseluruh badan dengan cukup.

Pakaian yang terlalu longgar juga akan mengganggu pergerakan dan juga akan mendapatkan pelbagai risiko seperti tersangkut pada alatan sukan ataupun dahan pokok semasa melakukan aktiviti outdoor.

=================================

4. Fabrik Kain Yang Sesuai

Sememangnya kita akan berpeluh dengan banyak apabila melakukan sebarang aktiviti. Dengan itu, fabrik yang sesuai haruslah di utamakan bukan gaya semata-mata tau. Fabrik yang berasaskan kapas sangat disyorkan.
Ini kerana fabrik yang berasaskan kapas dapat menyerap peluh dengan lebih banyak. Selain fabrik dairpada kapas, jenis kain yang menggalakkan pengaliran udara keluar masuk yang baik juga harus dijadikan pilihan utama.
Jenis kain yang menggalakkan pengaliran udara keluar dan masuk dapat mengurangkan risiko strok haba. Selain dapat memberikan keselesaan kepada pemakai dan mengelakkan mudah terinfeksi oleh penyakit kulit.

=================================

5. Kasut

Pemilihan kasut yang sesuai mengikut sukan atau aktiviti yang kita lakukan sangat penting. Ini bagi menjamin keselamatan bahagian kaki. Sebagai contohnya badminton, kasut yang sesuai haruslah dipakai supaya dapat mengelakkan licin semasa bermain dan mengelakkan kecederaan.

Kasut yang sesusai bagi untuk berlari pula ialah yang sedikit lembut pada bahagian dalam atau jenis yang masterfoam. Ini dapat mengurangkan impak yang diterima oleh kaki semasa berlari.


About Us

  • Stail Seratus Clothing

    Jenama berkualiti kegemaran ramai yang semestinya melonjakkan keyakinan personaliti gaya anda!