#fakta Menarik Tentang Nombor Disebalik Jersey | Stail Seratus Clothing
  • Main
  • News

#fakta Menarik Tentang Nombor Disebalik Jersey

#fakta Menarik Tentang Nombor Disebalik Jersey

#FAKTA MENARIK TENTANG NOMBOR DISEBALIK JERSEY ????

==================================

Jika anda pernah bermain bola sepak di dalam sesebuah pasukan, antara perkara yang boleh menjadi isu serius adalah tentang perebutan nombor jersi yang akan dipakai. Setiap nombor sememangnya mempunyai maksud yang signifikan dan tersendiri sehinggakan boleh mencetuskan pergaduhan.

Namun, berapa banyak yang anda sebenarnya tahu tentang makna di sebalik angka di belakang jersi ?

==================================

Tujuan pemain perlu pakai jersi bernombor:

Tujuan asal pemain diwajibkan memakai nombor pada jersi mereka adalah untuk memudahkan urusan pengadil mengenali dan membezakan pemain di atas padang. Ia juga melancarkan urusan pendaftaran pemain dan entry ke dalam rekod booking pengadil.

==================================

Sejarah jersi bola sepak bernombor

Jersi bernombor pertama kali digunakan secara profesional di kelab liga Inggeris pada tahun 1928 ketika pasukan Arsenal menentang pasukan Sheffield Wednesday. Pemain Wednesday direkodkan memakai jersi bernombor 1-11, manakala pemain Arsenal pula memakai jersi bernombor 12-22.
Dalam perlawanan itu Arsenal tewas 3-2 kepada Wednesday.

==================================

Sistem penomboran jersi bola sepak yang asal (Tradisional)
.
Berikut merupakan pembahagian nombor 1-11 pada jersi mengikut sistem asal:

1 – Penjaga Gol
2 – Fullback kanan
3 – Fullback kiri
4 – Center back
5 – Center back
6 – Defending/Holding midfielder
7 – Right midfielder/sayap kanan
8 – Central/Box-to-box midfielder
9 – Penyerang
10 – Attacking midfielder/Playmaker
11 – Left midfielder/sayap kiri

==================================

Namun, kerana pembahagian nombor jersi berdasarkan posisi merupakan hanya tradisi dan bukan peraturan, pasukan bebas untuk memberikan nombor jersi kepada pemain tanpa sebarang syarat.


About Us

  • Stail Seratus Clothing

    Jenama berkualiti kegemaran ramai yang semestinya melonjakkan keyakinan personaliti gaya anda!