#3 TIPS PENTING PILIH PAKAIAN SUKAN, Bukan ASAL Sarung JE ☺️
===================================
1. KESELESAAN ✅
Apa-apa jua pakaian yang dipilih untuk bersukan perlulah selesa supaya boleh memakainya dalam tempoh masa yang panjang. Anda juga perlu pastikan pakaian tersebut tidak terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar yang mungkin akan mengganggu pergerakan anda semasa bersukan. Baju yang terlalu ketat mungkin akan menjerut peredaran darah dan mungkin akan terkoyak semasa melakukan aktiviti regangan. Maka pastikan memilih baju yang bersesuaian dan pilih saiz baju yang betul mengikut ukuran badan anda. Tetapi, janganlah pula memakai pakaian yang gelebeh atau terlalu besar kerana dikhuatiri akan merentang arus angin, membahayakan keselamatan dan membataskan pergerakan aktiviti sukan anda.
===================================
2. TERANG ✅
Aktiviti sukan bukan sahaja boleh dilakukan pada waktu pagi dan petang. Ramai juga yang suka bersukan pada sebelah malam mungkin kerana masa yang terlalu sibuk atau pon lebih selesa bersukan pada waktu malam. Bagi mereka yang suka bersukan pada waktu malam , digalakkan memakai pakaian sukan yang terang atau ada sebarang ‘reflective’ atau cahaya pemancaran pada pakaian anda bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak di ingini berlaku.
===================================
3. FABRIK YANG SESUAI ✅
Fabrik yang digunakan juga perlulah di ambil kira. Kita bersukan mengeluarkan banyak peluh. Fabrik yang digunakan perlulah dari kain kapas yang menyerap peluh atau pun fabrik yang mempunyai aliran udara keluar dan masuk dengan baik. Ini juga penting bagi penjagaan kulit anda dan mengelakkan sebarang infeksi pada permukaan kulit akibat peluh. Fabrik tersebut juga perlulah ringan bagi memudahkan pergerakan dan tidak menambahkan beban tambahan pada badan anda ketika bersukan. Bergantung juga pada jenis aktiviti sukan yang dilakukan sebagai contoh, renang memerlukan pakaian yang diperbuat daripada spandex yang ringan apabila bertindak balas dengan air dan kebanyakan tempat kolam renang mensyaratkan pemakaian khas baju renang.